Tempoh satu tahun, sudah cukup memberi seribu satu pengertian dalam hidup aku. Peristiwa yang menguji jiwa, ketabahan dan kekuatan hati , sudah cukup mengajar aku tentang erti hidup, malah sedikit sebanyak mendewasakan aku. Sudah tentu, ada pelbagai corak dalam graf hidup aku tahun ini. Permulaan tahun yang sedikit hambar, namun begitu, disebalik kepedihan, aku masih lagi mampu mengawal keadaan dan berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang di luar jangkaan, syukur Alhamdulillah. Sudah tentu segalanya telah direncana olehNya. Hanya DIA yang mengetahui segala yang tertulis dan tersirat.
Tahun ini juga menguji kekuatan aku dengan dalam pelbagai segi termasuk teman. Tapi tak mengapa, aku tak mungkin mengungkitnya kembali dan aku juga tidak akan menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Segalanya sudah pulih malah lebih baik dari sebelumnya. Syukur sekali lagi, kerana aku makin lebih mengerti dengan apa yang aku inginkan dan juga sudah mendapat segala jawapan bagi segala yang aku persoalkan. Terima kasih teman~
Tetapi, aku memohon kemaafan kepada jiwa sesiapa yang mungkin aku telah lukai. Maaf dipohon, pinta dimengerti..
Bagi aku, aku mengakhiri tahun 2008 ini dengan gembira. Alhamdulillah, kerana DIA sentiasa disisiku sepanjang masa, aku berdoa agar aku takkan sesekali melupakanNYA, kerana DIA sentiasa mengasihiku malah menggenggam segala jawapan hidupku...
SAYONARA 2008!~
And......
WELCOME 2009 Masihi / 1430 Hijrah
~ A YEAR WITH A LOT OF MISSION.
Wish me luck peeps!
Wednesday, December 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment