Salam Jumaat yg barakah...:)
Lepas subuh, sy dok ngadap jek depan pc menikmati masa yg terluang utk surf internet dan membaca. Mengadap pc adalah benda yg paling sy suka. X kisah penat mcm mane pon atau selama manapun, sy sanggup.
Tapi, pagi nih sy jumpa sesuatu...
Bacalah...satu post jiwangszz sket :D
........Fahami Makna Cinta........
HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya
meneroka dunia cinta.
Lepas subuh, sy dok ngadap jek depan pc menikmati masa yg terluang utk surf internet dan membaca. Mengadap pc adalah benda yg paling sy suka. X kisah penat mcm mane pon atau selama manapun, sy sanggup.
Tapi, pagi nih sy jumpa sesuatu...
Bacalah...satu post jiwangszz sket :D
........Fahami Makna Cinta........
HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya
meneroka dunia cinta.
Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun
kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka
tiada dalam kamus hidup mereka.
Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera
dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana
di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu
dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta
sejati.
Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru
pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu
pengalaman sukar ditafsirkan.
Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai
atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.
Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan
untuk dirimu sendiri.
Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam
erat tangannya.
‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”
‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di
pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”
‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan
menawan.”
‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah
terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”
Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi
berbicara dengannya.
Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia
hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”
Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.
Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.
Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.
Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
p/s:
Okayla..sy nk tdo balikla kejap sblm nk g klas jap g. Nak sambung sket lagik nikmat tido dan merehatkan badan.
No comments:
Post a Comment