Friday, May 8, 2009

Tiba lagi..

Tarikh 8 May dtg lagik..
Membuat usiaku bertambah lagi satu angka
Menginjak ke usia yang lebih dewasa

23 tahun yg lalu
jam 10.25 pg, hari Khamis bersamaan 28 Syaaban 1406
aku muncul di muka bumi Allah ini
Kudiperdengarkan kalimah suci yg pertama yg diiqamatkan di telingaku
oleh arwah datukku yg tercinta

Lahirnya aku sebagai satu2nya
puteri dalam keluarga
membuatku rasa bertanggungjawab utk menjaga keluarga
InsyaAllah..
Demi Penciptaku, demi ibuku yg tercinta, demi ayahku yg tersayang
dan juga sekalian keluargaku
Xkan ku kecewakan kalian

Doakanku
Supaya terus tabah
Meniti hari2 sebagai salah seorang hamba
di muka bumi ini
Permudahkanlah segala urusanku
Semoga sentiasa terpelihara imanku, hatiku, jiwaku
Jauhkanlah aku dari segala bahaya dan kelekaan dunia
Jika tiba masanya, temukanlah aku dgn penciptaku dlm penuh iman
 
Setiap kali tibanya tarikh ini
Aku sntiasa terfikir
Apa yg sudah aku buat sepanjang usia ini
Semoga segala kesalahan sebelum ini
Dijadikan sebagai pengajaran
Sebagai peringatan
Jangan sesekali mengulanginya lagi

Akan ku selalu kuatkan hati yg rapuh ini
menghadapi segala cabaran mendatang

Jiwa aku selalu merintih
Janganla ada yang cuba utk
menarikku membuat perkara yg dibenci
Aku cuma insan biasa ..yg lemah
Mudah terpedaya dgn godaan dunia

Doronglah aku ke arah kebaikan
Aku merayu kepada dunia
Perjalananku mungkin masih lagi jauh

Tetapi, jangan sesekali ada yg cuba melupakan aku kpd penciptaku

Dialah segalanya
Dialah mengetahui segala yang terjadi
Dialah yang satu..
Ya Allah..peliharalah diriku..



p/s: Thanx kpd Shila, Oleen, Afzal, Raidh, Sabri, Fizi, Yaman, Amin, Fikri utk mlm smlm..korang mmg best ;)

No comments: